BANJIR!!!!
Tarikh : 22 November 2002

Jalan Ke Kuala Balah dinaiki air di Kampung Reka. Sehubungan dengan itu aktiviti mewarna yang sepatutnya diadakan pada hari itu dibatalkan berikutan pihak PID tersangkut dengan banjir.


Labels: 0 comments | edit post
Bengkel Portal PID
Tarikh : 19 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Objektif :

  • Bertujuan untuk memperkenalkan Portal PID dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam portal PID sekaligus memperkenalkan minisite PID Malaysia.
  • Menggalakkan komuniti mengguna aplikasi yang terdapat di dalam portal.


Labels: 0 comments | edit post
Bengkel e-Dagang dan bengkel Digital Story Telling
Tarikh : 18 November
Masa : 10.00 - 12.00 ( e-commerce )
3.00 - 5.00 petang (DST)

Objektif


1. e- Dagang


  • Mendedahkan peserta dengan urusan secara online seperti maybank2u.
  • Selain itu juga peserta didedahkan dengan penggunaan mudah.my untuk urusan jual beli secara online.
  • Peserta digalakkan menggunakan kemudahan platform mudah.my jika berminat untuk menjual barang mereka.
2. Digital Story Telling (DST)

  • Mendedahkan peserta dengan penyampaian cerita yang lebih interaktif dan menarik dalam proses mempromosikan atau memperkenalkan produk secara digital.
  • Peserta diajar aplikasi Moviemaker dalam menghasilkan sebuah DST ringkas.


Labels: 0 comments | edit post
Bengkel Flickr dan Facebook
Tarikh : 17 November 2009
Masa : 9.30 pagi - 1 tengahari

Objektif

1. Flickr
- Mendedahkan peserta bagaimana cara untuk memuat naik gambar ke internet melalui kamera digital atau kamera telefon bimbit secara cepat dan pantas. Tujuannya adalah untuk memudahkan perkongsian gambar atas talian.

2. Facebook
- Bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk menambahkan kenalan dan meluaskan rangkaian melalui online. sekaligus dapat meluaskan jangkauan dalam perkongsian maklumat.
Labels: 0 comments | edit post
Bengkel Blog
Bengkel blog telah pada sebelah petang pada 16 November 2009. Bengkel ini bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang.

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kelebihan - kelebihan penggunaan blog dan cara penggunaan aplikasi yang terdapat di dalam blog.

Dalam bengkel ini, peserta diajar cara untuk create dari pendaftaran alamat blog, cara mengepos entry, memasukkan gambar, memasukkan video, cara memasukkan pautan dan sehingga peserta dapat mengepos sebuah entry yang lengkap.

Peserta dikehendaki mencipta blog bagi membantu peserta lebih memahami dengan lebih jelas penggunnan blog.

Antara blog yang telah dicipta oleh peserta ialah

1. http://desakualabalah.blogspot.com
2.http://smartgurlz-faezah.blogspot.com
3. http://adeq1709.blogspot.com

Labels: 0 comments | edit post
Bengkel Pengenalan Kepada Internet dan emel
Tarikh : 16 November 2009
Masa : 9.30pagi - 12 tengahari.

Objektif :

1. Memberi pendedahan awal tentang penggunaan internet dalam memudahkan dan mempercepatkan urusan harian.
2. Peserta juga diajar cara membuat emel dan menggunakan aplikasi di dalam emel.
3. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan "search engine".
3. Peserta dikehendaki create personal email ID untuk digunakan semasa bengkel blog, flikr dan facebook.

Labels: 0 comments | edit post

Hubungi Kami

Kelab Usahawan Sosial PID Kuala Balah
D/A Pej Pos Kuala Balah
17610 Kuala Balah
Kelantan
Telefon/fax : 09-9362601